BENTONG: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam pembelajaran, direman bagi membantu siasatan kes kematian bapanya yang ditemui mati dalam sebuah flat di sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata suspek berusia 22 tahun itu adalah anak bongsu kepada warga emas berusia 64 tahun itu.
“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar.
“Ketika kejadian, isteri mangsa berusia 61 tahun bersama anak kedua mangsa seorang lelaki berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di sebuah hospital di sana sejak 19 Jun lalu,” katanya.
Zaiham berkata, mangsa ditinggalkan bersama anak bongsu dan semakan awal mendapati pemuda itu mempunytai kad orang kurang upaya (OKU).
“Anak mangsa berusia 22 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari Jun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi bilik gerakan (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
BHonline-