MELAKA: Remaja lelaki yang dipercayai mencekik adiknya hingga mati dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu tengah hari semalam, ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 12 Julai ini.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Nurul Asyikin Rosli, di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Juvana berusia 14 tahun yang juga pelajar sekolah Arab dekat Alor Gajah itu, tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di sini, pada jam 9 pagi.
Suspek kini berdepan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, media tidak dibenarkan merakam gambar suspek susulan arahan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Malam tadi, media melaporkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut itu dipercayai dicekik oleh abangnya dalam kejadian di rumah mereka, kira-kira 12 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya dihubungi orang awam memaklumkan tragedi menimpa murid tahun tiga itu sebelum polis bergegas lokasi.
BHonline-