Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agama Boleh Jadi Kuasa...

KUALA LUMPUR - Agama boleh digunakan sebagai kuasa utama penyatuan dengan memberi tumpuan...

Polis Buru Wanita Didakwa...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang wanita tempatan yang dipercayai menipu 23...

Jejai Sangkal Dakwaan Ganggu...

SEBELUM ini, Fasha Sandha telah membuar satu laporan polis kerana mendakwa dia diganggu...

Disangka Ibu King Coco,...

DEK hanya kerana merakamkan gambar bersama King Coco di hari pernikahannya, seorang wanita...

Anthony Loke Umum Pertahankan Kerusi DUN Chennah

JELEBU: Setiausaha Agung DAP yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika ditemui pemberita di sini, Siew Fook memberitahu, keputusan itu selepas mengambil kira senario politik semasa, sentimen tempatan selain dapatan sokongan yang diterima hasil kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan pengundi di kawasan itu.

“Saya mahu mengumumkan akan pertahankan kerusi Chennah pada PRN akan datang. Selepas mengambil kira senario politik semasa, mengambil kira sentimen tempatan, saya mangambil keutusan untuk meneruskan mempertahankan kerusi Chennah.

“Saya sudah lakukan kaji selidik dalam kalangan pengundi tempatan di Chennah dan keputusannya itu menggalakkan saya untuk meneruskan khidmat di kawasan Chennah.

“Berdasarkan keputusan kaji selidik itu dalam kalangan responden, 70 peratus sokong saya untuk terus mewakili mereka dan sudah tentu sokongan tertinggi dalam kalangan komuniti Cina iaitu pada tahap 90 peratus,” katanya lagi.


Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendakwa menerima sokongan lebih 50 peratus dalam kalangan pengundi Melayu di DUN berkenaan.

“Selaku Setiausaha Agung DAP dan Pengerusi DAP negeri, saya mesti teruskan khidmat di DUN ini. Saya juga mahu buktikan bahawa pemimpin DAP boleh mewakili dan memenangi sokongan daripada pelbagai komuniti termasuk pengundi Melayu,” katanya lagi.

Siew Fook memenangi kerusi DUN Chennah sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 beliau menang dengan majoriti 1,155 undi menewaskan dua pencabar lain.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori