Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Terengganu Lancar Program Berbudi...

BESUT – Rakyat Terengganu digalakkan menjadi petani secara kecil-kecilan dengan berkebun di kawasan...

David Orok Mengaku Tak...

Seorang ahli Parti Reformasi Negeri Sabah David Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota...

Suami Maut, Isteri Parah

KULIM - Seorang maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaiki...

Nabil Bakal Timang Anak...

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 34, mengakui teruja apabila doktor...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan pentadbiran negara terdahulu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, bahawa hutang terbabit baharu sahaja dilupuskan pentadbirannya bulan lalu, sekali gus menepis tuduhan Muhyiddin bahawa beliau berbohong.

“Hari ini, mantan Perdana Menteri (Muhyiddin) membuat kenyataan Perdana Menteri (Anwar) berbohong kerana perkara ini (hutang) telah selesai sejak tahun 2021.

“Sekarang kamu kata dah selesai, saya baru tandatangan (pelupusan hutang) akhir Jun, Menteri Kewangan tandatangan kelulusan ini. Kamu kata selesai tahun 2021, selesai di mana?” katanya pada Sesi Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, memang terdapat persetujuan kerajaan terdahulu untuk melupuskan hutang berkenaan, namun tiada peruntukan untuk tujuan itu diluluskan Muhyiddin.


“Belanjawan 2021 bawah Perikatan Nasional (PN), Belanjawan 2022 bawah PN tidak ada peruntukan untuk menyelesai dan melupuskan hutang FELDA, saya kekal dengan rekod ini.

“Hanya dalam Belanjawan Madani 2023 saya mula serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang FELDA yang jumlahnya RM8.3 bilion,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam kenyataannya, memaklumkan pelupusan hutang peneroka FELDA sudah dilakukannya pada 2021, sekali gus mendakwa tuduhan bahawa beliau tidak melaksanakan perkara itu ketika mentadbir negara adalah tidak benar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelupusan hutang itu disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori