Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Fazura Bakal Duet Penyanyi...

AKTRES cantik Nur Fazura mengakui dia bakal berduet dengan seorang penyanyi antarabangsa tidak...

3 Ditahan Terbalikkan Myvi...

JOHOR BAHRU – Polis telah menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan insiden...

Lelaki Ditahan Curi Kereta...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang mencuri sebuah kereta dipercayai untuk digunakan bagi...

Tarian Zapin Penyatu Hubungan...

TAWAU - Seni tarian zapin berupaya menjadi elemen penyatu hubungan antara rakyat di...

Anwar Terima Kunjungan Ustaz Abdul Somad

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menerima kunjungan dari pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anwar melalui Facebook rasmi beliau berkata, kunjungan pendakwah yang berasal dari Sumatera Utara itu yang juga dalam rangka siri ceramah di Malaysia minggu ini.

“Dalam pertemuan ini antara lain kami membincangkan dinamika dakwah dan isu-isu agama yang merentas sempadan Alam Melayu.

“Saya hargai usaha dakwah Ustaz Abdul Somad yang aktif khususnya di alam Melayu. Sesungguhnya para da’ie dan ulama di alam Melayu ini saling mendukung dan melengkapi pemerintahan umara’ sejak sekian lama,” tulisnya.


Tambah Perdana Menteri, peranan ulama Melayu di nusantara selama ini telah menyumbang kepada perjuangan masyarakat kepada perjuangan melawan penjajah di rantau ini.

“Pendakwah seperti Syeikh Daud al-Fatani, Syed Abdul Samad al-Falimbani , Raja Ali Haji dan Buya Hamka punyai hikmah, kedalaman ilmu dan berani dalam melaksanakan dakwah telah menyumbang kepada perjuangan melawan penjajah serta benteng kepada akidah umat di rantau ini.

“Saya dan Ustaz Abdul Somad juga bersependapat bahawa pentingnya dakwah yang berlandaskan kesederhanaan dan hikmah dalam menyampaikan mesej Islam dengan lebih bijaksana,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori