Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Najib Pecat Shafie, Lantik...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad...

Azih Muda Umum Tanding...

KUALA LUMPUR - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih...

Wedding Hafiz, Syafiqah Dikritik...

PERKAHWINAN pasangan selebriti media sosial Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad masih lagi menjadi...

Calon Faktor Penentu Kemenangan...

SHAH ALAM - Ramadan akan datang bakal menyaksikan sejumlah 42,836 pengundi berdaftar di...

Buruh Ladang Ditemui Maut Dengan 4 Kesan Tikaman Tombak

TAWAU: Seorang buruh ladang ditemukan maut dengan kesan tikaman dipercayai menggunakan tombak dalam kejadian di sebuah ladang di kawasan Merotai, dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki warga asing berusia 33 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman pada badan selain satu pada kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata siasatan awal di lokasi menemukan sebatang tombak dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Susulan kejadin itu, katanya itu tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan di kawasan pusat bandar kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Salah seorang suspek iaitu lelaki berusia 53 tahun direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala tiga yang lain dibebaskan,” katanya pada sidang media hari ini.


Jasmin berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian pembunuhan itu.

Sementara itu, dalam dua serbuan berasingan polis merampas 1,058.87 gram syabu dan menahan tiga lelaki serta seorang wanita kerana disyaki terbabit pengedaran dadah.

Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza selain sejumlah mata wang asing dianggarkan RM2,406 di bawah Seksyen 25(1) Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 kerana digunakan bagi tujuan pengedaran dadah.

Semua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun kini ditahan selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori