Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Keppel Ikut Jadual Bagi...

SINGAPURA - Keppel Shipyard Ltd, Singapura sedang mengikuti jadual bagi penyiapan kapal Pemunggahan...

14 Resolusi ‘Baju Merah’...

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sewaktu berucap pada "Himpunan Rakyat Bersatu"...

MCA Buka Keahlian Kaum...

KUALA LUMPUR - MCA meminda perlembagaannya bagi membenarkan kalangan bukan kaum Cina menjadi...

Ahmad Maslan Tinjau Harga...

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan...

China Gesa ASEAN Bantah Pelepasan Air Loji Fukushima Jepun

ANKARA: China menggesa negara anggota ASEAN membantah rancangan Jepun melepaskan air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima yang dilanda bencana.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beijing menggesa kenyataan pengerusi Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-56 yang bermula hari ini di Jakarta, Indonesia untuk menyatakan bantahan rancangan pelepasan air terawat Jepun, Agensi Anadolu memetik Kyodo News yang memetik sumber diplomatik.

Pada rundingan peringkat kerja, Beijing juga meminta Indonesia, selaku Pengerusi ASEAN untuk mengelak daripada menggunakan istilah “air terawat” dalam kenyataan bersama yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Menafikan pendirian China, Jepun berkata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membuat kesimpulan dalam laporan yang dikeluarkan Selasa lalu bahawa rancangan Tokyo “selaras dengan piawaian keselamatan global dan akan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar.”

Korea Selatan berkata ia menghormati hasil semakan IAEA manakala China mengkritik badan pemantau nuklear PBB, menggesa Tokyo untuk tidak melaksanakan pelepasan yang dirancang.


Kerajaan Jepun dan Tokyo Electric Power Company Holdings Inc., pengendali loji Fukushima, menyasarkan untuk mula melepaskan air ke laut sekitar musim panas selepas ia menjalani proses untuk mengeluarkan kebanyakan radionuklid kecuali tritium.

Pelan pelepasan air Jepun, yang diumumkan pada April 2021 berdepan kritikan ketara dari China, Korea Selatan, Korea Utara dan Taiwan serta organisasi antarabangsa termasuk PBB.

AS menyokong cadangan itu berikutan perbincangan bertahun-tahun mengenai menangani lebih 1 juta tan air yang disimpan di kompleks nuklear Fukushima sejak bencana 2011.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori