Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PR1MA Sasar 250,000 Unit...

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasarkan 250,000 unit rumah mampu milik...

Proton Kurangkan Harga Sehingga...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang...

41 Maut, 80 Cedera...

SEOUL - Sekurang-kurangnya 41 maut dalam kebakaran sebuah hospital di Korea Selatan pada...

Ibunya Marah Kacau Privasi,...

GEORGE TOWN - Ramai geleng kepala. Ini bukan sekali, dua kali tetapi sudah...

China Haramkan Import Makanan Dari Jepun

BEIJING: Kastam China hari ini mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penyaluran air terkumpul Jepun, yang dirancang selama beberapa dekad, dari kemudahan nuklear Fukushima yang musnah itu sudah diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai memenuhi piawaian global.

Pelepasan itu dijangka bermula pada musim panas ini tetapi ditentang beberapa jiran serantau termasuk Beijing yang secara lantang mengecam rancangan itu terutama dalam kalangan komuniti nelayan yang takut pelanggan enggan membeli tangkapan mereka.

Kementerian Luar China semalam berkata laporan IAEA tidak boleh digunakan sebagai ‘lampu hijau’ bagi pelan pelepasan air dengan memberi amaran mengenai risiko yang tidak diketahui kepada kesihatan manusia.

Pihak berkuasa kastam China berkata pihaknya akan mengharamkan import bahan makanan dari sepuluh wilayah Jepun termasuk Fukushima kerana kebimbangan keselamatan serta menjalankan ujian radiasi yang ketat pada makanan dari seluruh Jepun.


“Kastam China akan mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di aplikasi WeChat, tanpa menyatakan senarai wilayah Jepun yang terjejas oleh larangan itu.

Kira-kira 1.33 juta meter padu air bawah tanah, air hujan dan air yang digunakan untuk penyejukan sudah dikumpulkan di tapak Fukushima yang sedang ditamatkan operasi selepas beberapa reaktor mengalami keruntuhan susulan tsunami 2011 yang merosakkan loji itu dengan teruk.

Operator loji TEPCO merawat air melalui sistem pemprosesan ALPS bagi membuang hampir semua unsur radioaktif kecuali tritium dan merancang untuk mencairkannya sebelum membuangnya ke lautan secara beransur-ansur selama beberapa dekad.

China hari ini turut memaklumkan Jepun masih mempunyai banyak masalah dari segi kesahihan lambakan lautan, kebolehpercayaan peralatan pembersihan serta kesempurnaan rancangan pemantauan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori