Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia...

KTMB Lancar Tren Shuttle...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan perkhidmatan tren ulang...

Selangor Rekodkan 44,884 Kes...

SHAH ALAM - Selangor merekodkan 44,884 kes denggi untuk tempoh 1 Januari 2017...

Dedah Jika Ada Perjanjian...

ALOR SETAR - Pulau Pinang diminta mendedahkan sebarang perjanjian yang membuktikan negeri itu...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun ‘azab ngeri’ mula menghantui seorang lelaki apabila Along terbabit mendakwa dirinya masih berhutang.

Malah lebih malang dan memalukan apabila Along terbabit turut menyebarkan poster gambar mangsa, dikenali Muhammad Shahmie, 25, di kawasan Kampung Laksamana, Gombak, dekat sini, pada 14 Jun lalu.

Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam kejadian itu, Muhammad Shahmie berkata, dia pernah membuat pinjaman dengan Along sebanyak RM32,000 dan berjaya melangsaikan hutang itu pada awal tahun ini sebanyak RM51,000.

Menurutnya, selepas itu dia sudah tidak mahu membuat pinjaman lagi kerana bimbang dengan keselamatan diri.

“Bagaimanpun pada hujung Mei lalu, ketika berada di rumah di Gombak, dia dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya Along dan memberitahu saya masih berhutang RM20,000.


“Dia juga meminta saya menjelaskan hutang terbabit jika tidak mahu rumah disimbah cat namun saya menafikan masih berhutang kerana sudah menjelaskannya,” katanya ketika hadir membuat aduan di Pejabat MCA, di sini, hari ini.

Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis di Balai Polis Selayang pada 31 Mei lalu dan 14 Jun lalu berhubung kejadian ini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima sebanyak 178 kes Along seperti ini membabitkan jumlah pinjaman RM15.4 juta.

Menurutnya, mereka yang membuat pinjaman dengan Along dinasihatkan menyimpan rekod bukti menjelaskan bayaran dan mengambil dokumen pinjaman itu supaya tidak digunakan sekali lagi oleh Along untuk memerangkap peminjam konon masih berhutang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori