Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Saman RM5.86 Juta...

SEORANG wanita di Florida, Amerika Syarikat menyaman sebuah restoran di Tampa AS$1.5 juta...

Kaji Bina Pagar Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk membina pagar baharu bagi menggantikan pagar...

Bangkai Ular Sawa Seberat...

MISTERI bau busuk yang menghantui penduduk di Taman KTC 1, Kulim, Kedah sejak...

PM Menghadap Agong Di...

KUANTAN - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong,...

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk membawa tuah kepada penduduk setempat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Victor Hugo Sosa yang merupakan Datuk Bandar San Pedro Huamelula, mengahwini seekor reptilia betina dinamakan Alicia Adriana. Bandar tersebut didiami oleh masyarakat Orang Asli Chontal.

Reptilia itu merupakan seekor buaya caiman yang biasa ditemui di Mexico dan rantau Amerika Tengah.


“Saya menerima tanggungjawab ini (suami) kerana kami saling menyanyangi antara satu sama lain. Inilah yang penting. Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta. Saya menyerah dalam perkahwinan ini kepada puteri wanita (buaya caiman),” kata Sosa semasa upacara itu.

Perkahwinan antara lelaki dan buaya caiman betina diadakan di kawasan itu selama 230 tahun sebagai ritual untuk meraikan hari di mana dua kumpulan peribumi berdamai menerusi ikatan perkahwinan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori