Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Terasa Hati...

AWAL bulan lalu, bekas peserta program Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana mengeluarkan kenyataan...

iPhone Dalam Air? Tidak...

LITEPROOF mempelopori industri casing tahan lasak untuk iPhone sejak tahun 2012 selepas ia...

7 Perkara Tak Disangka,...

MUNGKIN ada yang menyatakan kaum lelaki ini sebenarnya pantang nampak wanita di sekeliling...

Bosan Didesak Beli Kereta,...

JAKARTA - Bak kata pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah...

DBKL Angkut, Kompaun 22 Motosikal Halang Laluan Sekitar Ibu Kota

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 buah motosikal telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk pengeluaran 22 notis kompaun dan tahanan sementara menerusi satu operasi khas oleh pegawai Penguatkuasa dan Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

DBKL dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, tindakan itu diambil melibatkan motosikal yang diletakkan menghalang laluan awam.

“Ia dilaksanakan menerusi Tindakan Khas Angkut dan Kompaun Kenderaan Buat Halangan Tempat Awam di sekitar laluan orang kurang upaya (OKU), laluan siar kaki serta yang ingkar papan tanda larangan parkir motosikal di Jalan P.Ramlee dan Jalan Ampang.

“Operasi diadakan melibatkan siri tindakan berkala sekitar kawasan tumpuan (hotspot).


“Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya.

Dalam kenyataan sama, DBKL mengingatkan pengguna jalan raya dan pemilik premis agar mematuhi peraturan serta isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Pastikan kenderaan (motosikal atau kereta) diletakkan ditempat sepatutnya tanpa menghalang dan mengganggu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas,” tegasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori