Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

TM Melaka Catat 250,428...

MELAKA - Telekom Malaysia Bhd (TM) Melaka mencatat seramai 250,428 pengguna bagi rangkaian...

Ambil Alih MAS Isu...

MAS kini sudah mencapai tahap tenat, daripada berita kerugian sudut bisnes kepada dua...

Wanita Ditahan Buat Laporan...

SANDAKAN - Tindakan seorang wanita berusia 39 tahun membuat laporan polis palsu bagi...

Gempa Nepal: Pasukan SAR...

KATHMANDU - NEPAL. Nepal memutuskan menghantar pulang pasukan mencari dan menyelamat (SAR) asing...

Dr Zaliha Nafi Salahuddin Meninggal Dunia

ALOR SETAR: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, menafikan khabar angin mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sudah meninggal dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, beliau mengesahkan kesihatan Ahli Parlimen Pulai itu berada dalam keadaan stabil.

“Saya baru selesai melawat Datuk Seri (Salahuddin) dan Alhamdulillah, kita beri privasi kepada keluarga beliau. Nampaknya keadaan beliau stabil.

“Cuma apapun, kita doakan yang terbaik dan mudah-mudahan beliau diberi kesembuhan. Selebihnya, kita minta beri privasi kepada keluarga supaya mereka dapat bersama Datuk Seri.

“Saya melihat ramai juga rakan-rakan yang hadir melawatnya. Insya-Allah, kita sama-sama berdoa untuk kebaikan dan kesembuhan beliau,” katanya pada sidang media di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, malam ini.

Ketika ini, Dr Zaliha berkata, Salahuddin dipantau doktor secara rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.

Sementara itu, beberapa menteri dan pemimpin AMANAH dilihat tiba di HSB untuk menziarahi Salahuddin, hari ini.


Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohamad Sabu, dilihat tiba kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, bersama Timbalannya, Datuk Abu Samah Mohd Noor, turut tiba di pekarangan HSB untuk menziarahi Salahuddin di ICU.

Selain itu, antara yang dilihat hadir ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadhil, dan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Media sebelum ini melaporkan doktor pakar mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.

Setiausaha akhbar beliau, Syakirin Husnal, dipetik berkata Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan sekitar jam 10.15 malam kelmarin untuk rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.

Ahli Parlimen Pulai itu kemudian ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas selamat menjalani pembedahan di HSB.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori