Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KPM Lancar Kempen Guru...

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)...

Why Are Business Writing...

Pupil essay demonstrate the discipline of marketplace publications. For instance The National Health...

Jabatan Penerangan Lancar Kempen...

MELAKA - Jabatan Penerangan Melaka akan menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan...

Surat Letak Jawatan Pengerusi...

PETALING JAYA : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai...

Dua Mayat Lelaki Bertatu Berbungkus Kanvas Ditemui Dalam Semak

MELAKA: Dua mayat lelaki bertatu ditemui berbungkus dalam kanvas ditemui di kawasan semak tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Kampung Ujong Padang, Cheng, di sini, pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan mayat itu ditemui pekerja lori penghantar barangan runcit berusia 35 tahun ketika melalui tempat kejadian berhampiran kawasan perkuburan Kristian itu kira-kira jam 9 pagi sebelum memeriksa dua bungkusan kanvas yang kelihatan pelik.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dihantar ke tempat kejadian selepas menerima laporan penemuan mayat itu.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat pertama berada dalam kanvas yang diikat dengan kabel dan tali serta lengkap berpakaian baju-T hitam dan berseluar jeans pendek.

“Mayat kedua dijumpai dalam kanvas bersebelahan tubuh pertama dan pemeriksaan lanjut tubuh ini tidak berpakaian dan hanya berseluar jeans pendek,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Christopher berkata, berdasarkan pemerhatian keadaan fizikal mangsa dipercayai mati dibunuh dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu di lokasi lain sebelum mayatnya dibungkus di dalam kanvas dan dibuang di tepi jalan berkenaan.


“Pemeriksaan lanjut di sekeliling kawasan tubuh dijumpai terdapat timbunan sampah, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat lelaki terbabit.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar si mati dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan turut menemui kesan tatu pada tubuh kedua-dua mayat, namun pihaknya masih mengenal pastinya berikutan coraknya tidak begitu jelas.

Dalam pada itu Christopher menasihati orang awam tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhather Abd Kudus di talian 013-288 4878 atau bilik gerakan IPD Melaka Tengah di talian 06-284 1999.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori