Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Harus Sedia...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu bersedia mengharungi tempoh sukar akan datang memandangkan...

Isu Penamatan Kontrak Kem...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan akan membawa isu penamatan kontrak pengusaha kem...

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas...

Putrajaya : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas...

3 Lelaki Geng Motosikal...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tiga anggota geng curi motosikal termasuk seorang warga...

Gagal Seludup Trak Pikap Melalui Sungai Golok

JELI – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup sebuah trak pikap ke negara jiran melalui Sungai Golok di sini dalam serbuan pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, rampasan jam 9.35 pagi itu hasil rondaan rutin yang dilakukan di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

“Bertindak atas maklumat risikan, anggota bertugas berjaya menjejaki sebuah trak pikap yang dipercayai kenderaan curi.

“Ia dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui Sungai Golok,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sejurus kehadiran anggota bertugas, pemandu bertindak melarikan diri menyeberangi Sungai Golok dengan meninggalkan kenderaan tersebut di pinggir sungai.


Ujarnya, pemeriksaan mendapati trak pikap yang ditinggalkan itu jenis Toyota Hilux.

Tambah kenyataan itu lagi, anggaran rampasan dianggarkan bernilai RM149,880.

“Trak pikap tersebut akan direkodkan sebagai Barang Rampasan Tanpa Tuan dan kes diserahkan Balai Polis Ayer Lanas untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan operasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penyeludupan,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori