Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peminat Kesal Zul Ariffin...

MEMANG payah jadi public figure ni, ke mana-mana sahaja pasti ada yang mengenali...

Biar Suami Pukul Anak...

BENTONG: "Sememangnya saya patut menerima hukuman penjara kerana cuai dan tidak bertindak sesuatu...

Ramalan Cuaca Buruk Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca buruk melibatkan negeri...

Selesai Tunai Tanggungjawab Sebagai...

MAKA selesai sudah melaksanakan proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Kali Ke 14...

Imigresen Tidak Kompromi Pegawai Terlibat Rasuah

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai didapati terlibat rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat imigresen di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya juga tidak melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan mengikut undang-undang sedia ada.

“JIM menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jabatan ini sentiasa berhubung,berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Katanya, JIM juga komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing yang memasuki Malaysia.

“Jadi, jika terdapat pegawai imigresen yang didapati bersalah, kami tidak akan melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” jelasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori