Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sufian Lebih Tenang Tanpa...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, 26,...

ATM Bantu Vaksinasi Menerusi...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat melaksanakan pemberian vaksin...

ECRL Lonjak Sektor Ekopelancongan...

BENTONG - Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mampu mewujudkan akses lebih luas...

NAM Perlu Bantu Negara...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) perlu memainkan peranan penting bantu negara-negara...

Israel Tamatkan Serbuan Di Jenin, Serang Gaza Pula

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengisytiharkan sudah berundur dari Jenin selepas menamat operasi ketenteraan terbesar di Tebing Barat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tentera Israel dilaporkan mula melancarkan serbuan kejam ke atas kem pelarian Jenin sejak Isnin lalu di bawah arahan kerajaan sayap kanan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Serbuan itu melibatkan ratusan anggota tentera, puluhan serangan dron dan kenderaan berperisai yang turut memusnahkan rumah-rumah penduduk Palestin serta jalan-jalan di sekitar Tebing Barat.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pihaknya membantu memindahkan 3,000 orang dari kem di Jenin selepas tentera Israel bertindak merosakkan kabel bekalan elektrik dan saluran air bersih yang digunakan penduduk.

Serbuan terhadap kem pelarian yang padat dengan penduduk itu turut mengundang kecaman antarabangsa.


Tentera Israel kemudian dilaporkan meneruskan kekejamannya terhadap penduduk Palestin apabila melancarkan serangan udara baharu menyasarkan bahagian utara Semenanjung Gaza awal pagi tadi.

Serangan itu dilakukan selepas rejim zionis mendakwa memintas lima roket yang ditembak ke arah Israel dari wilayah Palestin yang disekat itu.

Sumber keselamatan Palestin berkata, serangan itu mengenai tapak tentera kumpulan militan Hamas di utara Gaza tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori