Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pentadbiran Kerajaan Pusat Masih...

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pentadbiran Kerajaan...

Satu Lagi Kawasan Wabak...

KUCHING - Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytihar di Sarawak, iaitu Kampung...

Kes 3 Lelaki Culik...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Mac untuk sebutan...

Jep (Sepahtu) Kurangkan Aktiviti...

SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti seni dengan menolak...

JPM Nafi Siasat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

PETALING JAYA : Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan bahawa kenyataan media ‘Siasatan Ke Atas Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam’ yang kononnya dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah palsu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi akaun Facebook rasminya, JPM berkata, tindakan menyebarkan kenyataan tersebut menerusi media sosial adalah perbuatan berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” kata kenyataan itu.

JPM turut meminta orang ramai merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM melalui platform Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok untuk berita sahih.

Berdasarkan kenyataan media bertarikh semalam yang tular itu mengatakan bahawa kerajaan komited untuk menambahbaik dan memperkasakan tatakelola berkesan dalam sektor perkhidmatan awam untuk mengembalikan keyakinan rakyat negara ini.


Ia juga mendakwa kononnya Perdana Menteri akan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat isu berkaitan Zulkapli yang akan diketuainya sendiri.

Antara lain, kononnya siasatan yang dilakukan akan tertumpu kepada isu salah guna kuasa Zulkapli ketika menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah dengan campur tangan mesyuarat tender di Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS).

Salah guna kuasa ketika menjawat jawatan Pengarah Modal Insan/Pengarah Bahagian Perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan memberi biasiswa kepada anak sendiri ke Paris dan menyelitkan anak menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) melalui pintu belakang.

Selain itu mengenai dakwaan menerima imbuhan daripada kontraktor di Sabah dan daripada konsesi SWCORP berupa imbuhan jam tangan mewah berharga RM272,000 dan keahlian kelab golf.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori