Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengebom Daesh Mahu Serang...

KUMPULAN pengganas bersenjata Daesh tidak pernah kenal erti putus asa untuk terus mengancam...

Warga Emas Cedera Dikelar...

SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun cedera dikelar pada...

Perkasa Tabika Kemas Setanding...

SIPITANG - Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diperkasa agar...

Bintang Arsenal Dilempar Kulit...

KETERUJAAN bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang untuk meraikan jaringan gol dicemari insiden apabila dia...

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Basikal Langgar Lori Sampah

Seremban : Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Aminah Mohd Hafis yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati, lori sampah jenis Mitsubishi yang dipandu lelaki berusia 55 tahun sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah di kawasan berkenaan sebelum mangsa yang dari rumahnya secara tiba-tiba meluru sehingga terlanggar bahagian kanan tayar lori terbabit.


“Pemandu lori itu kemudiannya turun dan mendapati penunggang basikal tersebut berada di bawah tayar belakangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori