Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penantian Sekian Lama Akhirnya...

SAYA sering tertanya-tanya “macam mana the real situation kat luar sana? Betul ke...

Jelajah Komuniti Tingkat Kesedaran...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) hari ini melancarkan kempen Jelajah...

Musim Tengkujuh Landa Negeri...

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan medianya menjangkakan negara bakal mengalami hujan lebat...

AS Ucap Tahniah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku...

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti itu berkuat kuasa semalam, mengumumkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Prai sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tindakan itu dibuat bukan atas kepentingan diri selepas bersama parti itu selama 15 tahun, sebaliknya mahu menyelamatkan DAP daripada kepimpinan Pengerusinya, Lim Guan Eng, selain mahu menyokong Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow kekal sebagai Ketua Menteri negeri itu.

David,47, berkata, beliau sudah menyerahkan surat keluar parti kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook semalam dan keputusan itu dihormati Ahli Parlimen Seremban berkenaan.

“Saya sanggup berkorban untuk kebaikan parti. Tiada siapa yang berani bersuara menentang Guan Eng selama ini, jadi saya sendiri akan melakukannya.

“Keputusan ini (keluar parti) amat berat dan paling sedih dalam hidup saya selepas 15 tahun sebagai ahli DAP, apatah lagi ini adalah parti yang saya cintai.

“Selama ini saya mendiamkan diri, namun pencalonan kali ini (calon DAP untuk bertanding PRN) menyakitkan hati saya yang mana saya terpaksa juga ambil keputusan yang menyakitkan hati (keluar parti) ini.

“Saya akan bertanding sebagai calon Bebas. Keputusan ini kerana saya nak sokong kepemimpinan Kon Yeow dan selamatkan DAP daripada Guan Eng yang sedang mengatur dengan menyenaraikan semua calon DAP bertanding pada PRN kali ini adalah ‘orang-orangnya’ yang membolehkan dia kembali berkuasa di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Perai, di sini, hari ini.

David sebelum ini adalah Setiausaha Perhubungan Bahagian DAP Batu Kawan dan Ketua Cawangan Kampung Jawa Autocity.


Dalam laporan media semalam, Guan Eng, menggesa pemimpin DAP yang digugurkan daripada menjadi calon PRN Pulau Pinang supaya terus bersatu menyokong parti itu bagi memastikan negeri itu kekal ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng berkata, DAP faham perasaan bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula, tetapi berharap mereka akan menyokong keputusan parti.

Guan Eng turut membidas kritikan dilemparkan mengenai pencalonannya bagi DUN Air Putih, walaupun beliau juga Ahli Parlimen Bagan dengan berkata, kepimpinan DAP mahu mempunyai gabungan ‘kesinambungan dan pembaharuan’.

Ketika ditanya adakah ada lagi ahli DAP yang akan mengikut jejak langkahnya untuk keluar parti, David berkata, beliau menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian.

“Saya ada pengaruh dalam parti, tetapi saya kata kepada mereka (ahli DAP) jangan keluar parti, tolong Kon Yeow dan tunggu sampai pemilihan jawatankuasa parti awal tahun depan.

“Kes saya berbeza, saya jadi calon Bebas dan akan ada pengumuman seterusnya yang saya akan buat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori