Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Parti MUDA...

KUALA LUMPUR : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan bertanding pada Pilihan Raya...

Khairy Jamaluddin Bakal Tanding...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bakal menawarkan diri bertanding jawatan...

Penduduk Boleh Minta Ganti...

IPOH - Sebarang kerosakan yang berlaku pada premis disebabkan pelaksanaan Projek Loji Rawatan...

TN50 Bakal Bawa Malaysia...

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal menjadi antara negara liga atasan dunia (premier league)...

Ketua Pemuda UMNO Gesa Guan Eng Disiasat Isu 3R

MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh isu berkaitan agama, Raja dan kaum (3R).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, langkah itu untuk memberi amaran keras supaya tidak ada mana-mana ahli politik tanpa mengira sama ada parti dalam kerajaan mahu pun pembangkang, memainkan isu sedemikian.

“Bila kita minta jangan mainkan isu 3R, ia bukan hanya kepada pembangkang, tetapi juga kepada pihak kerajaan. Maka tuduhan seperti ini (kenyataan Guan Eng) sangat tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia.

“Saya mohon kenyataan ini disiasat oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin, berkata rakyat Malaysia mahukan politik yang progresif dan matang, selain berbahas dengan idea, bukan dengan sentimen yang memecahkanbelahkan masyarakat.

“Islam juga tidak pernah mengajar untuk umatnya menindas agama lain dan itu adalah fakta. Saya mohon kenyataan ini disiasat pihak polis supaya kita memberi amaran yang keras, jangan sesekali mempermainkan isu 3R, tidak kira dari parti mana sekali pun,” katanya.


Semalam, sebuah portal berita memetik laporan akhbar berbahasa Mandarin, melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipetik mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Bagaimanapun, beliau menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebaliknya menegaskan ucapannya pada satu program di Jelutong, Pulau Pinang itu diputar belit, seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina.

“Ini tidak benar. Saya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah. Sila rujuk kepada laporan akhbar di bawah.

“Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja memutarbelitkan ucapan saya dan menggambarkan seolah-olah saya membakar sentimen perkauman agama dan kaum,” kata Guan Eng.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori