DENGKIL : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa meneliti dan memantau isu 3R iaitu agama, raja dan kaum yang dimainkan di media sosial ketika ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata penelitian dan pemantauan berhubung isu 3R itu menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
“Di KKD dan MCMC, kita teliti dan ambil maklum isu 3R yang ditimbulkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan Internet di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor kampus Dengkil, di sini hari ini.
-Berita Harian