Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Hampir 7.4 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,395,905 dos vaksin COVID-19 diberikan kepada penduduk di negara...

TPM Tetapkan KPI Polis...

KUCHING - Polis Kelantan diarah meningkatkan usaha membanteras gejala penyeludupan dadah dari negara...

Anwar Tuntut RM5 Juta,...

Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf secara...

Konsul Besar China Utamakan...

KOTA KINABALU – Konsul Besar China di Sabah yang baru dilantik, Liang Caide​​​​​​​...

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di sini hari ini, begitu berlainan daripada kebiasaan berikutan ketiadaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Suasana sayu amat dirasai tatkala melihat kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, seorang sahabat dalam Jemaah Menteri,” katanya yang juga Setiausaha Jemaah Menteri dalam catatan di Facebook miliknya serta memuat naik gambar tempat duduk Salahuddin yang kosong.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam Ahad lepas setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Mohd Zuki berkata, meskipun telah tiada, namun semangat dan komitmen Salahuddin dalam menggalas tugas sebagai anggota Kabinet khususnya dalam menangani isu kos sara hidup rakyat akan diteruskan dan diperjuangkan sehingga agenda kerajaan tercapai.


Mohd Zuki dalam catatan Facebook beliau sebelum ini, berkata beliau mengenali Salahuddin sebagai seorang anggota Jemaah Menteri yang begitu komited terhadap tugasannya terutamanya berkaitan kos sara hidup rakyat.

“Pemergian Salahuddin merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat negara dan ummah,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori