SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjun dari tingkat empat sebuah kondominium dekat Seksyen 7, di sini, semalam mengalami tekanan dan pernah menerima rawatan sakit mental.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.47 petang dan siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
“Kejadian berlaku pada 14 Julai sekitar jam 5.47 petang, mangsa seorang perempuan berumur 23 tahun. Hasil siasatan awal polis, mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 4 (tempat letak kenderaan) bangunan tersebut.
“Tiada unsur jenayah dijumpai dan hasil temubual dengan kakak mangsa memaklumkan bahawa mangsa mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan sakit mental kali terakhir pada 10 Julai lalu di Hospital Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, insiden tersebut tular dalam media sosial menerusi potongan video memaparkan mayat seorang individu ditutup dengan kain dipercayai seorang mahasiswa IPTA yang didakwa bunuh diri dengan terjun dekat sebuah kondominium di sini.
Dalam pada itu, Ramsay memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
“Sebarang maklumat lanjut berkenaan kes ini, boleh disalurkan kepada SM Shafawi ditalian 011-33642465,” ujarnya.
UtusanOnline-