Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Fattah Amin Nafi Tinggalkan...

RAMAI yang tertanya-tanya mengenai punca perpisahan antara pasangan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim...

20 Markah Untuk Kad...

KUALA LUMPUR - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hanya memberikan 20 markah untuk kad...

Asrama Akademi Tahfiz Ihya...

SHAH ALAM - Sebuah asrama penginapan pelajar Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran, Kampung Bukit...

Pemuda PAS Umum Gerakkan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan telah menggerakkan jentera partinya...

Malakoff Bangunkan Projek Tenaga Hidro RM975 Juta Di Kelantan

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) berjaya memeterai perjanjian bernilai RM975 juta bagi membangun, memiliki, mengendali dan menyelenggara tiga buah loji kuasa hidro kecil (SHP) di Kemubu SHP, Kuala Geris SHP, dan Serasa SHP dengan gabungan kapasiti terpasang sebanyak 84MW di Kuala Krai, Kelantan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Projek ini akan dibiayai melalui kombinasi Sukuk Wakalah SRI Hijau ASEAN dan pemegang taruh berdasarkan nisbah Kewangan-ke-Ekuiti (FE Ratio) sehingga 80:20.

Menurut Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib, dengan termeterainya perjanjian ini, syarikat tersebut dapat menyokong aspirasi kerajaan dalam menjana pertumbuhan portfolio tenaga boleh baharu (RE) nasional sebanyak 70 peratus menjelang 2050.

“Pemilikan ini merupakan satu pencapaian yang signifikan, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sedang meruncing. Ini juga merupakan bukti komitmen syarikat (Malakoff) untuk memperluaskan penyertaan syarikat dalam bidang RE.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, syarikat dapat memulakan kerja-kerja pembinaan projek hidro berskala kecil melalui tunggak perniagaan baharu Malakoff, Malakoff Green Solutions,” katanya.


Tambah Anwar, projek tersebut juga menandakan penglibatan pertama Malakoff dalam perniagaan penjanaan tenaga hidro, selaras dengan inisiatif transformasi strategik di bawah portfolio RE negara.

“Di bawah kerangka kerja syarikat, Malakoff menyasarkan kapasiti RE sebanyak 1,400MW menjelang 2031 dengan fokus utama pada segmen solar, hidro kecil dan Waste-to-Energy (WTE).

“Loji kuasa hidro merupakan alternatif rendah karbon yang paling bersih dengan pelepasan gas rumah hijau (GHG) terendah bagi setiap unit tenaga elektrik yang dihasilkan, menjadikannya salah satu sumber tenaga paling kos efektif, terutamanya untuk menjana elektrik di kawasan luar grid,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori