Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Empangan Baharu Akan Dibina...

JOHOR BAHRU - Kerajaan persekutuan akan membina sebuah empangan baharu di Mersing sebagai...

Jangan Jadikan Jalan Raya...

SEREMBAN - Kompetensi pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat serta kecuaian dan sikap...

Bekas Ketua Hakim Persoal...

PEGUAM Negara Tommy Thomas telah dikecam banyak pihak ekoran tindakannya melantik peguam Sulaiman...

Laporan Kes COVID-19 Dibuat...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memaklumkan pelaporan kes baharu COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan,...

Mangsa Tragedi Kepala Air, Putri Balqis Dan Muhammad Fikri Patut Nikah Disember Ini

CHUKAI: Kedua-dua mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, dekat sini, Putri Balqis dan Muhammad Fikri Saliman, dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada Disember nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ibu saudara, Putri Balqis, Siti Aisyah Eiyi, 39, berkata, Putri Balqis, 18 dan Muhammad Fikri Saliman, 24 melangsungkan pertunangan pada Mac lalu.

“Kehadiran Muhammad Fikri adalah untuk beraya dan berkenalan dengan keluarga kami.

“Kami sangat sedih dan tidak sangka Muhammad Fikri serta kakak saya Azizah sekeluarga meninggal dunia serentak,” katanya.

Siti Aisyah berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Azizah ketika kakaknya sekeluarga datang beraya di rumahnya di Felda Lepar Hilir 2, Gambang.

“Azizah dan suaminya, Karim Abdullah memang gemar membawa ahli keluarganya bercuti dan berkelah.

“Anak Azizah, Muhammad Zulqarnain biasanya jarang mengikut ibunya bercuti kerana lebih gemar berada di rumah. Tapi tak sangka pula kali ini dia (Muhammad Zulqarnain) turut sama bercuti di situ,” katanya.


Katanya, kakaknya itu bukan saja mengajak dia sekeluarga malah lima lagi adik beradik dan ibunya, Halimah Kasim, 60, turut diajak sama berkelah di tempat kejadian.

“Saya tak pergi kerana berat hati tambahan pula suami, Mahadi Mahidin, 46, yang mempunyai tugas, saya akhirnya menolak ajakan Azizah.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku sehingga menyebabkan Azizah sekeluarga dan bakal menantunya itu dihanyutkan sehingga seluruh ahli keluarga Azizah meninggal dunia,” katanya.

Siti Aisyah berkata, dia tidak dapat bayangkan sekiranya dia dan adik beradiknya mengikuti perkelahan itu, besar kemungkinan mereka juga akan turut sama terbabit.

“Keluarga kami sedih apabila terkenangkan kejadian yang menimpa kakak sekeluarga. Malah semua sekali ahli keluarga Azizah diambil pergi namun saya tetap reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori