Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Kembar’ Tumpang Tubuh Bayi...

SEBUAH keluarga di India meraikan kejayaan pembedahan pemisahan anak lelaki mereka yang baharu...

Jaga Sekolah Geng Pecah...

KUALA LUMPUR - Dua beradik yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah adalah antara...

Pegawai Kanan TNB Direman...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad ditahan reman tujuh hari...

Tujuh Menteri Terima Pingat...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Matt Healy Pernah Lakukan Perkara Sama Sebelum Ini – Khairil Nizam

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan The 1975, Matt Healy pernah melakukan aksi tidak senonoh yang sama seperti di Festival Good Vibes 2023 dalam sebuah konsert di Dubai pada tahun 2019.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khairuddin berkata, tahun lalu, berlaku perkara yang sama dalam salah satu konsert kumpulan itu iaitu North American Tour.

Kata beliau, Malaysia perlu berhati-hati dalam membawa artis luar melakukan persembahan di negara ini terutama mereka yang berideologi lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

“Konsert ‘The 1975’ diluluskan oleh Kerajaan Madani Pakatan Harapan-UMNO telah menghina agama, negara dan budaya ketimuran.

“Bukan sekadar bercium, penyanyinya, Matt Healy menyebarkan ideologi liberalnya dan mengkritik undang-undang Malaysia.


“Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi perlu meletak jawatan kerana ini bukan kali pertama Matt Healy berkelakuan sedemikian dalam konsertnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Khairil Nizam berkata, Perikatan Nasional (PN) tetap berpegang teguh pada prinsip agama, bangsa dan negara dan tidak sesekali berkompromi dengan isu-isu sebegini.

“Dan kita berharap seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan PN untuk mempertahankannya,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori