Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lakukan Genosid Di Gaza,...

WASHINGTON - Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan...

Mahkamah Arah Hukuman Mati...

BIASANYA kita selalu dengar kes jenayah berat melibatkan manusia akan berakhir dengan hukuman...

Pakar Nutrisi Jelaskan Salah...

TELUR ayam ialah sejenis makanan paling popular, dihidangkan di semua jenis kedai makan,...

Felda PB Racing Jangka...

PENGURUS pasukan FELDA PB Racing, Ahmad Nashrul Baharudin menjangkakan pelumba mereka, Mohd Fareez Afeez...

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Noorjali Maslah berkata, mayat mangsa kanak-kanak lelaki warga asing itu ditemukan berhampiran perairan Kampung Pukas kira-kira pukul 2.50 petang.

Beliau berkata, mayat Padli Ampit berusia tujuh tahun ditemukan terapung kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemukan oleh anggota Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam tersebut. Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pada Jumaat, bot pam dinaiki mangsa bersama bapanya, Ampit Gopek, 25, serta dua mangsa lain telah karam akibat dipukul ombak kira-kira pukul 1 petang semasa dalam perjalanan membeli ikan untuk dijual di pasar.

Kejadian berlaku ketika bot dinaiki empat mangsa sedang dalam perjalanan dari Pulau Menampilik ke Jeti Kahanga sebelum dipukul ombak sehingga karam. Dua lelaki dewasa ditemukan selamat manakala dua mangsa iaitu Padli dan seorang lagi kanak-kanak iaitu Nasirin Katibin berusia tujuh ditemukan lemas.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori