Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cabaran Getir Tunggu Nicol...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Nicol David bakal berdepan tugas getir untuk...

CAAAM Platform Perkukuh Kerjasama...

KUALA LUMPUR: Penubuhan Persatuan Alumni China Di Malaysia (CAAAM) disifatkan sebagai salah satu...

Tidak Rasmi: PH-BN Mendahului...

PETALING JAYA : Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) mendahului 20 kerusi daripada...

KADA Harap Dapat Lebih...

PASIR MAS - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berharap akan mendapat lebih peruntukan...

“Mereka Pergi Berkelah 10 Orang, Biarlah Pulang Juga 10 Orang….”

Chukai : Selepas hampir seminggu tragedi kepala air yang meragut sembilan nyawa sehingga kini di Jeram Air Putih, di sini, pihak keluarga terus berharap supaya seorang lagi mangsa yang masih hilang dapat ditemukan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Putri Nor Fatin, 14, satu-satunya masih yang belum lagi ditemui dengan usaha mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiatkan.

Sehingga kini sembilan mangsa ditemukan termasuk lapan ahli keluarga Putri Nor Fatin yang dipercayai dilanda arus deras kepala air ketika berkelah di kawasan Jeram Air Putih.

Seorang lagi mangsa adalah Muhammad Fikri Saliman, 24, bakal menantu kepada keluarga malang itu.

Ibu saudara kepada Putri Nur Fatin, Rosilawati Yasin, 40, tetap percaya anak saudaranya itu tetap akan pulang, malah hatinya terus berharap ia menjadi kenyataan supaya sembilan ahli keluarga malang itu dapat ‘disatukan’.

“Saya yakin dia akan balik (ditemui). Kalau boleh kita nak lengkaplah penemuan mereka sekeluarga,” katanya.

Rosilawati yang juga adik ipar kepada Allahyarham Azizah Eiyi, 40, yang turut terkorban dalam tragedi itu, berkata sudah seminggu kejadian itu berlaku, namun anak saudaranya itu masih belum ditemui.

“Saya tidak anggap harapan menemuinya tipis, perasaan saya sangat menebal dan yakin Putri Nor Fatin akan ditemui.


“Ahli keluarga mahu Putri Nor Fatin dikebumikan bersama kedua-dua ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, hari ini.

Rosilawati mengakui dia tidak putus memanjatkan doa supaya jasad anak saudaranya itu ditemukan dengan segera.

“Kalau boleh nak cepatlah jumpa mayat itu, kalau boleh hari ini juga. Tapi tengok pada dia orang (pasukan penyelamat) penat kasihan juga.

“Kalau tak jumpa hari ini, esok nak juga jumpa dan bawa balik. Mereka pergi berkelah 10 orang biarlah mereka pulang dengan 10 orang,” katanya yang ditemani suaminya, Aimi Eiyi, 46.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat Putri Nor Fatin hari ini diteruskan dengan kekuatan 250 anggota pasukan penyelamat.

Sehingga jam 6 petang ini, belum ada tanda mengenai Putri Nor Fatin dikesan pasukan SAR.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori