Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perkasa Tak Tunduk Dan...

KUALA NERUS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya...

Remaja Lemas Ada Penyakit...

KOTA TINGGI - Remaja perempuan yang lemas di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar...

Jualan Online: Jangan Gatal...

MEMBELI belah secara dalam talian bukan perkara baharu bagi era teknologi yang semakin...

Hampir 2 Jam Najib...

KUALA LUMPUR - Polis merekod keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

MUDA Umum 6 Lagi Nama Bakal Tanding PRN

PETALING JAYA : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan Ketua Penerangannya, Luqman Long bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Luqman yang juga Pengarah Pilihan Raya MUDA, dinamakan sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Bandar.

Pada sidang media di sini, hari ini, parti berkenaan turut mengumumkan akan mempertaruhkan Pengerusi MUDA Selangor, Al Hafiz Ikhwan di kerusi DUN N23 Dusun Tua.

Seterusnya, Timbalan Pengerusi MUDA Selangor, Dr R Siva Prakash (N06 Kuala Kubu Bharu); Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Dobby Chew (N32 Seri Setia); Ketua Biro Pendidikan MUDA Pulau Pinang, Priyankaa Loh (N36 Pantai Jerejak); dan Bendahari MUDA Selangor, Afriena Shaqira Sariff (N49 Sungai Kandis).


Ia sekali gus menjadikan hingga kini, MUDA sudah mengumumkan 10 nama untuk bertanding pada PRN kali ini.

Sebelum ini, MUDA mengumumkan empat calon parti itu untuk bersaing pada PRN Selangor akan datang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori