Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Harga RON97 Naik Lagi,...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen kepada harga RM4.33 seliter berbanding...

Perkhidmatan Pengangkutan Awam Dikaji...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula aspek perkhidmatan dan penyediaan sistem...

“Kami Bukan Keluarga Selebriti...

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan...

Belajar Kenali Ciri-Ciri Wang...

CHANGLUN – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menganjurkan program Pendidikan Mata Wang...

Najib Mahu Sequerah Menarik Diri Dengar Kes 1MDB

Kuala Lumpur: Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah perlu menimbangkan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kerana, Sequerah sendiri yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ketika prosiding perbicaraan rasuah RM2.3 bilion membabitkan 1MDB terhadap Najib semalam, mendedahkan pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman sama dengan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan yang kini masih dalam tahanan polis.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu di awal perbicaraan kes berkenaan hari ini.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya mendapat arahan daripada anak guam untuk mengemukakan permohonan itu, bagaimanapun memerlukan masa untuk meneliti dan menimbangkan sama ada perlu berbuat demikian.

Beliau berkata, nama dan peranan Jasmine disebut oleh beberapa saksi penting dalam perbicaraan itu kesemuanya sebanyak 656 kali, tidak termasuk dalam pernyataan saksi.

“Sama ada Jasmine dipanggil sebagai saksi atau tidak, ini membawa kepada kemungkinan Yang Arif perlu menarik diri daripada mendengar kes ini,” katanya.

Peguam itu berkata, perkara berkenaan membabitkan isu yang kompleks dan ia akan diuruskan apabila perbicaraan seterusnya bersambung pada 14 Ogos ini.


Bagaimanapun, Sequerah berkata, dia akan menangani perkara itu apabila tiba masanya.

Perbicaraan diteruskan dengan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-44 yang juga bekas pegawai bank BSI Singapura, Kevin Michael Swampillai.

Semalam, Sequerah mendedahkan beliau pernah menjadi rakan kongsi di bawah firma guaman yang sama dengan Jasmine.

Jasmine dikatakan antara sekutu rapat Jho Low yang terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang dikehendaki.

Sequerah berkata demikian sejurus selepas Muhammad Shafee yang mewakili Najib bertanya kepada pasukan pendakwaan sama ada mereka akan memanggil Jasmine untuk memberi keterangan berikutan wanita itu menjadi saksi relevan selepas Jho Low.

Hakim Sequerah berkata, beliau dan Jasmine menjadi rakan kongsi dalam firma guaman sama ketika masih bergelar peguam.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori