Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dakwa Terjumpa Bayi ‘Buang’,...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan apabila tindakannya membuat laporan polis kononnya menemui...

Piala FA: JDT Terajui...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengetuai kemaraan tujuh pasukan...

Lapor Jika Ragui Status...

PUTRAJAYA - Orang ramai yang meragui status keselamatan makanan yang dijual di bazar...

Peniaga Dihukum Mati, Sebabkan...

Melaka : Peniaga dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini,...

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Kini Lebih RM1 Trilion

Nilai aset kerajaan persekutuan setakat ini adalah melebihi RM1 trilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya angka itu adalah berdasarkan penilaian melibatkan aset tanah dan bangunan kerajaan yang dibuat Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tempoh 10 tahun sejak 2013.

Ahmad berkata nilai itu dijangka terus meningkat berikutan ia masih dalam proses pengiraan kerana aset-aset lain – termasuk di luar negara – belum dinilai.

“Pengiraan nilai aset tersebut melibatkan aset tanah dan bangunan kerajaan, ia tidak termasuk aset lain seperti loji dan jentera. Begitu juga aset luar negara yang masih belum dinilai.

“Kerajaan menjangkakan ia akan terus meningkat dengan pertambahan RM30 bilion tahun ini,” katanya pada sidang media selepas melawat pejabat JPPH Johor di Johor Bahru hari ini.


Menurut Ahmad, proses penilaian sentiasa berjalan bagi mengenal pasti jumlah keseluruhan nilai aset kerajaan persekutuan yang diharapkan akan melebihi hutang negara yang mencecah RM1.5 trilion.

“Saya harap nilai aset kita lebih banyak daripada nilai hutang kita termasuk liabiliti yang mencecah RM1.5 trilion.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat menjangkakan bila proses penilaian ini akan berakhir kerana ia masih disemak. Jadi penilaian harta setakat ini kita hanya boleh buat anggaran,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini dilapor sebagai berkata hutang negara termasuk liabiliti telah mencecah sebanyak RM1.5 trilion dan perlu ditangani dengan segera.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori