Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perpaduan Mampu Bertahan...

KUALA LUMPUR : DAP yakin model kerjasama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan...

9 Tahun, Guan Eng...

SEBENARNYA, Menteri Kewayangan kita pernah mengaku bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah...

Saman Sekolah, Guru Biar...

KUALA LUMPUR — Seorang bapa bertindak memfailkan saman cuai terhadap sebuah sekolah swasta...

PH Kaji Semula Persefahaman...

Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji semula semua persefahaman yang dicapai dengan kerajaan sebelum...

Operasi Hari Keempat Cari Mangsa Tragedi Jeram Air Putih Ditangguh

CHUKAI: Keadaan cuaca yang tidak menentu pada petang ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa fenomena kepala air di Jeram Air Putih, di sini ditangguhkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga jam 7 malam ini yang berisiko kepada pasukan SAR

Beliau berkata, ketiadaan penemuan atau petunjuk baharu pada operasi hari ini juga menyebabkan SAR itu ditangguhkan pada jam 5 petang.

“Hari ini, keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk pasukan membuat pencarian kerana ramalan dan kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada jam 3.55 petang diramalkan ribut petir sehingga jam 7 malam ini.

“Operasi hari ini kita akan tangguhkan sebentar lagi dan akan bermula esok jam 9 pagi dan pada masa sama, saya mengingatkan semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu mencari hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jabatan masing-masing.

“Saya tidak mahu ada tragedi dalam tragedi,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini hari ini.


Hanyan berkata, radius pencarian hari ini merangkumi 32 kilometer dari lokasi kejadian hingga ke muara Sungai Kemaman membabitkan seramai 193 kekuatan membabitkan pelbagai agensi.

Beliau berkata, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) polis akan ditutup petang ini, manakala Pos Kawalan Hadapan Bomba akan diteruskan esok untuk meneruskan operasi.

“Bagaimanapun, kita (polis) akan membantu pasukan Pos Kawalan Hadapan Bomba untuk operasi,” katanya.

Ketika ini, dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman ,24, masih belum ditemui.

Lapan lagi mayat iaitu Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah, 16; Muhammad Zulqarnain Haikal, 11; Putri Nurerina Natasya, 10; Muhammad Haziq Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, 4, sudah ditemui.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori