Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RM314 Juta Dibelanjakan Untuk...

PETALING JAYA – Sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan...

Parlimen Cipta Sejarah Tubuh...

KUALA LUMPUR - Parlimen sekali lagi melakar sejarah dengan tertubuhnya sebuah Kaukus Dewan...

Lelaki Didakwa Beri Rasuah...

IPOH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Ketua Hizbullah Sampaikan Amanat...

BEIRUT: Ketua Hizbullah Lubnan, Hassan Nasrallah hari ini dijangka bersuara buat kali pertama...

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah pada minggu lalu, disambung reman selama tujuh hari lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib, berkata kebenaran reman terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Pontian di sini, hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Perintah reman terhadap seorang lagi suspek yang kini menerima rawatan akan dimohon di Hospital Pontian pada petang ini. Difahamkan suspek akan keluar wad pada petang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek berusia 28 hingga 33 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 4 Julai hingga hari ini.

Terdahulu media melaporkan seorang bekas pemain bola sepak yang dipercayai pernah beraksi untuk beberapa pasukan utama Liga Super ditahan selepas terbabit dalam kejadian kes pecah rumah di Benut pada 3 Julai lalu.


Suspek yang berusia 33 tahun itu diberkas selepas melakukan jenayah pecah rumah sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Lelaki terbabit diberkas polis selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum dia disyaki terbabit dengan kejadian jenayah itu.

Mengikut rekod, bekas pemain bola sepak terbabit pernah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi Liga Super di selatan dan utara tanah air, malah dia juga pernah menyertai Liga Thailand selama dua tahun, selain turut menjalani pemilihan bersama kelab berpangkalan di Jepun.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori