Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Paderi Hilang: Pusat Bacaan...

PETALING JAYA - Susulan kehilangan paderi, Raymond Koh Keng Joo sejak tiga minggu...

4,795 Lokasi Panas Berisiko...

KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 4,795 lokasi panas...

Joy Revfa Minta Bukti...

BELUM tamat lagi rupanya kontroversi yang terpalit pada pengasas kosmetik Joy Revfa gara-gara...

Trend Nama Anak Tahun...

MUNGKIN inilah yang dikatakan trend terkini, ibu bapa alaf baharu sering kali mendapat...

Permohonan Rosmah Tangguh Rayuan Kes Solar Didengar Jumaat

Putrajaya : Mahkamah Rayuan di sini menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengetepikan sabitan kes rasuah dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta yang dikenakan terhadapnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi media mengesahkan perkara itu dan menyatakan pasukan pembelaan memohon penangguhan bagi membolehkan rayuan berhubung pelantikan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan diputuskan Mahkamah Persekutuan terlebih dulu.

Pada 22 Jun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah bagi kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan Sri Ram yang didakwa tidak sah, dan seterusnya menjadikan perbicaraan kesnya turut terbatal.

Menurut Akberdin, permohonan penangguhan itu sudah dimaklumkan kepada Mahkamah Rayuan melalui surat yang dihantar pada bulan lalu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata, sebutan kes pada Jumaat ini berkemungkinan besar berhubung rayuan menangguhkan prosiding.

Beliau berkata, semua pihak sudah memfailkan hujahan masing-masing dan tarikh pendengaran akan ditentukan pada hari sebutan berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu, menetapkan 11 Julai ini untuk mendengar rayuan berkenaaan.


Rayuan rasuah Rosmah membabitkan projek tenaga hibrid solar RM1.25 bilion untuk 369 sekolah pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Rayuan (bidang kuasa jenayah) pada 11 Julai.

Pada 1 September tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim mahkamah rayuan) mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Mohamed Zaini memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Beliau juga didenda RM970 juta atau penjara 10 tahun.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori