Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Harga Rumah Gen2 Felcra...

PASIR SALAK – Seramai 710 bakal pembeli projek Perumahan Generasi Kedua (Fasa 2)...

Pembalak Haram Akan Dikenakan...

KUCHING - Kerajaan Sarawak memandang serius aktiviti pembalakan haram di negeri ini dan...

Guna Pengimbas Wajah Rekod...

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling, di sini menempa sejarah sebagai...

Umno Sangkal Dakwaan Adun...

Umno hari ini menyangkal dakwaan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, yang menuduh Perdana...

PH, BN Mampu Menang Bergaya Di Kedah – Anwar

GUAR CHEMPEDAK : Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah sekiranya kedua-dua ahli parti itu dapat menerima calon yang dipilih pimpinan gabungan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata menjadi tugas kepada pimpinan kedua-dua gabungan bagi menerangkan perkara itu kepada setiap ahli supaya dapat menerima calon PH atau BN.

Jelasnya, penyokong PH dan BN tidak boleh termakan hasutan dan propaganda yang dibawa musuh yang hanya bertujuan memecah-belah sokongan mereka ketika ini.

“Satu undi dari ahli UMNO kepada musuh adalah pengkhianatan besar kepada bangsa, parti dan agama. Itu kena jadi fahaman dan keyakinan kita kerana Islam lebih baik dimartabatkan dalam negara berbilang kaum ini dengan pendekatan dibawa kita (PH dan BN).

“Kalau di bawah mereka, keadaan akan lebih menakutkan kerana negara pelbagai kaum dan agama tidak mampu melihat bibit perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Sebab itu, saya minta betul-betul dan beritahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) berulang kali, tetapkan bahawa kalau calon PH calon kita, calon BN calon kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak di sini, malam ini.


Yang turut hadir, Ahmad Zahid; Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Anwar berkata, pimpinan kedua gabungan tidak boleh resah apabila berhadapan agenda lawan, selain perlu tahu cara bagi menyelamatkan parti dan negara melalui membina kekuatan bersama.

“Saya yakin kalau PH dan BN dari atas sampai bawah fikir masa depan bangsa dan negara, hindar sentimen lama, hindar propaganda, kita pilih satu dasar sederhana yang boleh angkat ekonomi dan jaga semua rakyat atau kita pilih parti yang boleh rosak dan pecah belah masyarakat.

“Tanggungjawab kita terangkan pada orang UMNO kalau nak selamatkan parti dan negara, jangan dengar nasihat musuh. Ini ada mantan menteri UMNO dengar bisikan musuh konon tak ada pilihan untuk selamatkan UMNO kena bersama PAS.

Ini fatwa apa?.

“Pastikan kita bekerjasama sebagai pasukan, memang ambil masa, di atas nampak sudah rapat, di bawah masih resah. Tanggungjawab pimpinan kena ada ketegasan dan keberanian yakin dan sampaikan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori