Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lalai Dengan Muzik, Blogger...

NAMA seorang blogger tempatan kini sedang terpalit dengan kontroversi aksi tarian mengghairahkan sekumpulan...

Ar Rahnu Tekun Buka...

TAWAU – Ar Rahnu Tekun akan membuka dua cawangan baru di Kota Baharu...

‘Swafoto Kubur’ Johan As’ari...

AKIBAT memuat naik sekeping swafoto di tanah perkuburan, pelakon Johan As'ari telah dikecam...

Pemimpin BN Tidak Belajar...

Pemimpin Barisan Nasional (BN) masih tidak belajar daripada kesilapan PRU-14 iaitu jangan terlalu...

Polis Thailand Selesai Siasatan Pembunuh Bersiri Sianida

BANGKOK: Polis menamatkan siasatan terhadap pembunuh bersiri paling kejam di Thailand kelmarin dan menyerahkan kes seorang wanita yang didakwa atas beberapa keracunan sianida kepada pihak pendakwa raya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seramai 14 orang maut, manakala seorang terselamat dalam satu siri pembunuhan yang berlaku sepanjang tempoh lapan tahun lalu, kata polis, mengumumkan mereka akan memfailkan kes kepada Peguam Negara untuk pendakwaan.

Sararat ‘Am’ Rangsiwuthaporn yang juga isteri seorang pegawai kanan polis berdepan 80 tuduhan jenayah, termasuk 14 tuduhan bagi pembunuhan yang dirancang, satu rekod dalam sejarah jenayah Thailand, menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn bersama pegawai yang terbabit serta profesor kimia di Kolej Kasetsart mengumumkan pihaknya selesai menjalankan siasatan ke atas suspek Sasarat ‘Am’ Rangsiwuthaporn pada 30 Jun.

Katanya, dari 2015 hingga tahun ini, sebanyak 15 kes keracunan berlaku di lapan wilayah negara itu.

“Polis sudah menemubual lebih 900 saksi dan meneliti 26,500 dokumen dalam tempoh tiga bulan itu.

“Sararat didakwa dengan pembunuhan yang dirancang dalam semua 14 kes yang membawa hukuman mati.

“Ini adalah satu kes bersejarah di Thailand, malah Jack the Ripper dari UK tidak membunuh seramai ini,” kata Surachate, merujuk kepada nama samaran lelaki yang membunuh sekurang-kurangnya lima wanita di East End di London pada 1888.


Sararat mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan itu, menurut polis.

Pihak berkuasa memaklumkan pembunuhan itu dilakukan dengan bermotifkan wang dan suspek juga mempunyai masalah ketagihan bermain judi dalam talian.

Suspek dikatakan menipu sejumlah lebih AS$140,000 daripada mangsanya sebelum meracuni mereka dengan sianida.

Sararat tidak layak untuk diikat jamin kerana pihak polis menyatakan dia boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Dia juga mengalami keguguran dalam penjara pada awal minggu ini dan dihantar ke hospital, lapor media tempatan.

Pihak polis menafikan siasatan mereka menyumbang kepada keguguran kandungannya itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori