Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 RM2.38...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada...

Video: Dibelasah Sampai Bogel...

LABUAN - Sejak semalam, rakaman video seorang lelaki dibelasah bebarapa individu di tepi...

Samad Said Sifatkan Tawaran...

KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said menolak pelawaan Menteri...

Main Judi, Tiga Pemandu...

KUALA LUMPUR - Tiga pemandu teksi masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah ditemukan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rangka itu serta beberapa objek lain seperti kasut dijumpai apabila glasier di kawasan gunung tersebut semakin mencair.

Penemuan itu dilaporkan berlaku pada 12 Julai lalu oleh sekumpulan pendaki yang melakukan ekspedisi di sepanjang Theodul Glacier di Zermatt.

“Analisis DNA sudah pun mengenal pasti identiti rangka tersebut dan ia merupakan milik pendaki yang hilang pada 1986,” menurut polis dalam kenyataan.

Pada September 1986, pendaki Jerman yang ketika itu berusia 38 tahun dilaporkan hilang akibat tidak pulang ke rumah selepas melakukan aktiviti mendaki.


Namun, polis tidak memberikan maklumat lanjut atau mendedahkan identiti pendaki tersebut serta punca kematiannya.

Rangka pendaki itu juga dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Glasier yang semakin cair akibat perubahan iklim membolehkan sejumlah mayat pendaki yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan semula.

Pada 2015, dua rangka pendaki Jepun yang dilaporkan hilang di Matterhorn pada 1970 ditemukan dan identiti mereka disahkan menerusi ujian DNA.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori