Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

13 Pendaki Malaysia Dijangka...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 ahli kumpulan pendaki Langkawi Island Hikers, Majlis Bandaraya...

Treler Tanpa Pemandu Rempuh...

NILAI - Sebuah treler tanpa pemandu merempuh 19 kenderaan yang diletakkan di parkir...

Moto2: Hafizh Syahrin Pamer...

SEPANG - Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mempamer prestasi membanggakan apabila berjaya...

Pemilik Ikan Sangkar Yang...

Pemilik ternakan ikan sangkar yang diculik kumpulan bersenjata di Kunak, Sabah, 16 Jun...

RUU Majlis Media Akan Dibentangkan Pada Mac 2024

Kerajaan komited untuk membentangkan rang undang-undang untuk memastikan pembentukan Majlis Media Malaysia menjelang sidang parlimen pada Mac 2024.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis Media Malaysia akan dianggotai oleh pengamal profesional media, dan akan dikawal selia oleh ahlinya sendiri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata garis masa itu disahkan pada mesyuarat perbincangan lanjut mengenai rang undang-undang itu, yang dipengerusikan oleh menterinya, Fahmi Fadzil semalam.

“Inilah komitmen kementerian sebagai salah satu usaha memastikan kebajikan para pengamal media kita terjaga serta informasi yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat adalah lebih sahih dan secara tidak langsung memelihara keharmonian negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Teo berkata, ini juga selaras dengan jaminan kerajaan untuk memastikan kebebasan media, dan memperkasa media dalam menangani segala pembohongan jahat serta berita palsu yang boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat.


Undang-undang bagi pembentukan Majlis Media Malaysia sedang dalam proses penggubalan, dengan input daripada wakil penyiaran, media dalam talian dan cetak, bersama NGO dan ahli akademik yang mempunyai kepentingan dalam media.

Sejak sekian lama, kumpulan media telah mendesak supaya format kawal selia sendiri diwujudkan.

Desakan juga dibuat supaya undang-undang lain yang mengawal media, termasuk Akta Mesin Cetak dan Mesin Cetak (PPPA) 1984 dimansuhkan.

Bagaimanapun, Fahmi, bulan lalu memberitahu pemberita bahawa pemansuhan PPPA bersama pembentukan Majlis Media Malaysia masih belum dibincangkan di peringkat kabinet.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori