Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Habiskan Lebih RM5,000...

MENYESAL… Seorang wanita di Singapura ditipu oleh seorang yang mengakui dirinya sebagai bomoh...

Isu Bayaran Balik GST...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berharap dapat membuat rumusan susulan...

Dua Lagi Ditahan Kes...

PUTRAJAYA: Dua lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan...

Anggota Tentera & Adik...

SARIKEI - Seorang anggota tentera dan adik perempuannya maut apabila kereta mereka terbabit...

Sanusi Dinasihat Guna Isu Pembangunan Kedah Dalam Kempen Politik

ALOR SETAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada isu membangunkan Kedah berbanding isu 3R (agama, kaum, institusi raja) dalam kempen politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, banyak lagi isu semasa berkaitan Kedah boleh diutarakan di pentas ceramah selain memainkan isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat.

Menurutnya, antara isu penting termasuk jaminan kepada anak muda yang boleh ditawarkan PN Kedah sekiranya kembali menerajui negeri ini.

“Banyak lagi isu lain, beliau boleh bercakap tentang KXP (Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim), geran tanah, benda lainlah selain 3R. Apa yang nak dibuat di Kedah, pembangunan apa? Ceritalah semua itu kepada anak muda.

“Anak muda perlukan keadaan yang harmoni dan stabil sebagai jaminan masa depan. Apakah jaminan untuk orang muda?,” katanya dalam sidang akhbar bersama Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa parti politik ibarat diikat kaki dan tangan mereka apabila dilarang bercakap isu 3R.

Menurutnya, parti politik seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah parti orang Melayu, dan sekiranya tidak boleh bercakap perihal Melayu, isu apa lagi yang boleh dibicarakan.

Mahdzir sebaliknya tegaskan, isu mempertahankan hak Melayu dan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan negara dan terbukti terpelihara sehingga kini.

“Semua orang dah cerita bab mempertahankan Melayu atau Islam, dalam Perlembagaan Malaysia sudah terbukti.


“Malah Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan mempertahankan Perlembagaan, Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Tak timbul lagi soal itu,” jelasnya.

Sementara itu, Mahfuz menyifatkan pendirian Muhammad Sanusi itu ibarat pemimpin yang memiliki pemikiran yang singkat.

“Tak kan Sanusi tak boleh fikir isu lain. Contohnya, di Kedah ada 135,000 pencari kerja berdaftar dengan Perkeso, sepatutnya dia fikir isu untuk bantu mereka, yang terdiri daripada anak-anak muda.

“Kalau hanya bergantung kepada manipulasi isu-isu berkaitan 3R untuk raih sentimen dan undi, maknanya pemikiran singkatlah,” ujarnya.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu sengaja mahu mengalihkan perhatian pengundi, selepas Pas terbukti bersalah di mahkamah berhubung kes penggunaan wang di Terengganu.

“Sebenarnya nak tutup isu sebenar, kes di Kuala Terengganu telah dibuktikan di mahkamah, calon tersebut gunakan wang untuk raih undi. Dulu Pas laung parti itu bersih, tak ada pemimpin didakwa di mahkamah dalam isu rasuah.

“Sekarang mahkamah buktikan pemimpin Pas juga gunakan wang untuk raih undi,” jelasnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori