Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anwar Mahu Selesaikan Isu...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin beberapa isu yang...

Bukit Aman Buru Individu...

KUALA LUMPUR - Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman menyiasat dua laporan...

Penuntut Al-Azhar Dari Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Terengganu yang kritikal akibat pendarahan...

UMNO Bukan Milik Individu,...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan rakyat dan ahli...

Sanusi Disiasat Susulan Dakwaan Hina Sultan Selangor – KPN

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina dan memperlekehkan Sultan Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata PDRM sudah membuka kertas siasatan menjurus kepada 3R (agama, bangsa, institusi diraja) membabitkan Sanusi semalam dengan siasatan dijangka mengambil masa tujuh hari.

“Kita melihat isu 3R ini kerap dimainkan apabila hampir kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan saya sudah memberi tahu bahawa apa-apa juga perkara sensitif yang membabitkan 3R kita akan siasat.

“Isu 3R membabitkan institusi diraja, agama dan bangsa Sebenarnya ada juga pihak yang bercakap terlampau seronok, tidak mengira perasaan orang, yang mengaibkan, memfitnah.. ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.


Menurut beliau, apa sahaja perkataan yang mengaibkan dan memfitnah institusi diraja, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian perlu meminta ‘sembah ampun’ (maaf) kepada kepada Sultan yang dimaksudkan.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menerusi video yang tular, Muhammad Sanusi juga turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori