Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lagu Pen Pineapple Apple...

JIKA dahulu lagu Gangnam Style menjadi siulan ramai sehingga menjadi antara lagu yang...

Honda HR-V Baharu Di...

KUALA LUMPUR - Kereta Honda HR-V baharu akan mula berada di pasaran negara...

Lawak Bodoh! Anwar Isytihar...

KUALA LUMPUR - Entah hendak dikatakan memang bodoh atau lawak, namun inilah kenyataan...

Anggota Rela Turut Ditugaskan...

ALOR SETAR - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)akan ditugaskan bersama anggota polis...

Sarjan Polis Maut Dengan Kesan Tembakan Pada Kepala

REMBAU : Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan pada kepala di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, di sini petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebelum ditemukan kira-kira jam 6.30 petang, anggota lelaki berusia 58 tahun berkenan dipercayai masuk ke salah sebuah bilik di pejabat terbabit dan mengunci pintu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dalam salah sebuah bilik di pejabat berkenaan.

“IPD Rembau menerima maklumat berkaitan seorang anggota polis yang ditemukan maut berlumuran darah dengan kesan tembakan pada kepala, jam 6.30 petang semalam.


“Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan menghormati keluarga si mati,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori