Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pejuang ISIS Mati Akibat...

Iraq – Seramai 45 anggota kumpulan militan negara Islam (ISIS) meninggal dunia bukan...

JAIS Akan Panggil Muhammad...

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai maklumat yang cukup mengenai usahawan kosmetik kontroversi,...

GPMS Minta Pihak Luar...

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta semua pihak berhenti menggugat...

Lagi Budak Bawah Umur...

TAKBAI (Selatan Thailand) - Isu perkahwinan rakyat Malaysia dengan budak 11 tahun warga...

Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi RM10 Juta Kes Penipuan Pelaburan

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan sehingga menyebabkan kerugian hingga RM10 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam mewakili kumpulan itu Dinesh Muthal berkata pihaknya sudah membuat laporan polis sejak dua minggu lalu mengenai perkara itu.

“Setakat ini, 20 mangsa sudah tampil membuat laporan dan jumlah kerugian berbeza antara RM250,000 hingga RM1.5 juta,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah membongkar tiga jenis penipuan yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan.

Seorang mangsa, yang juga ejen insurans Datuk Selvamani Ramasamy dari Setapak berkata beliau mengenali individu yang dikenali sebagai Datuk M sebagai pelanggan insurans sejak 2009.

“Datuk M mula mendekati saya untuk mengajak saya melabur dalam perniagaannya pada 2012. Ketika itu jumlah pelaburan yang diminta hanya RM100,000,” katanya.

Selepas pelaburan pertama memperoleh keuntungan 26 peratus sepanjang 20 bulan, Selvamani berkata Datuk M sekali mengajak beliau untuk melabur kali kedua dalam pelaburan lain.

“Selepas mendapat pulangan kali pertama, saya bersetuju untuk melabur kali kedua sebanyak RM15,000 sepanjang 20 bulan sebanyak RM300,000,” katanya.

Selain itu Selvamani berkata Datuk M turut membuka beberapa lagi skim pelaburan hingga kini.


“Dividen yang dijanjikan tidak dibayar kepada saya sebaliknya Datuk M mendakwa telah melabur dalam beberapa skim pelaburan lain yang turut diterajuinya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang tidak boleh dinamakan mendakwa kerugian RM3.3 juta dalam tempoh 24 bulan.

“Beliau mendekati saya melalui seorang lagi rakan perniagaan dan membentangkan perancangan perniagaan yang meyakinkan,” katanya.

Pada awalnya mangsa melabur RM1.5 juta dan menerima dividen RM300,000.

“Setelah menerima dividen pertama, saya mula mempercayai beliau dan menambah pelaburan hingga RM3.3 juta,” katanya.

Sehingga kini mangsa tidak dapat menghubungi pihak syarikat dan telah mendapatkan khidmat peguam untuk menuntut balik wangnya.

Mangsa turut membuat laporan polis terhadap penipuan pelaburan ini dan kes masih dalam siasatan polis.

BH telah menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur mengenai perkara ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori