Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Rakyat Asing Maut...

JOHOR BAHARU - Dua pekerja binaan warga India dan Bangladesh maut apabila kereta...

PAS Sindir Anwar Guna...

ALAHAI... Ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) haram calon Bebas, Kan Chee Yuen edar 1,000...

Pusat Media SUKMA Ke-18...

KUCHING - Pusat Media Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 dibuka di Pusat Akuatik, Jalan...

Gambar Ini Buat Ramai...

SEKEPING gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terbaring dipercayai untuk menjalani prosedur berkhatan kini...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang berlangsung pada 30 Jun lalu setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.

“Keputusan parti MIC untuk tidak bertanding pada PRN yang akan datang dibuat semata-mata untuk melindungi kepentingan parti MIC.

“Pada masa ini, MIC akan memberi lebih perhatian kepada proses untuk membina struktur parti yang lebih mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.


Bagaimanapun, parti kaum India itu berjanji akan melaksanakan peranannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dan keputusan parti sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori