Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

UMNO Setuju Sertai Kongres...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai rombongan...

Menulis, Membaca Al-Quran Dalam...

PUTRAJAYA - Menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah dilarang,...

Najib Perkenal Wajah Baharu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperkenalkan...

PDRM Umum Pertukaran Enam...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai...

Skim Ponzi: ‘Jack Ma Thailand’ Dipenjara 1,155 Tahun

BANGKOK : Taikun Thailand, Prasit Jeawkok dijatuhi hukuman penjara 1,155 tahun selepas didapati bersalah atas 321 pertuduhan penipuan oleh Mahkamah Jenayah semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun mengikut amalan perundangan negara itu, Prasit hanya akan menjalani hukuman penjara paling lama 20 tahun.

Prasit dan dua defendan lain masing-masing turut didenda 145 juta baht (RM19.9 juta) dan diperintahkan membayar 321 mangsa kira-kira satu bilion baht (RM0.13 bilion) sebagai pampasan.

Lapor Thai PBS World, enam lagi defendan bagaimanapun dibebaskan kerana bukti yang tidak mencukupi.

Prasit dan rakan sekutunya dituduh mengendalikan skim Ponzi, di bawah perlindungan usaha niaga pelaburan sepanjang 2020 dan 2021, menjanjikan pulangan yang lumayan untuk pelaburan antara 40.15 hingga 51.1 peratus.

Keputusan mahkamah disiarkan melalui persidangan video ke penjara keselamatan maksimum Bang Khwang, lokasi Prasit ditempatkan sepanjang perbicaraan.


Prasit telah didaftarkan sebagai pengarah sekurang-kurangnya 10 syarikat yang terbabit dalam pelbagai perniagaan, termasuk tempahan hotel dalam talian, tiket penerbangan, pelancongan, perkakasan dan perisian komputer borong hartanah dan reka bentuk sistem teknologi maklumat (IT).

Laman webnya menggambarkannya sebagai “Jack Ma of Thailand”.

Halaman bertajuk “Biografi presiden” memaparkan foto Prasit yang diambil bersama mendiang presiden Privy Council Prem Tinsulanonda; Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan beberapa bekas menteri Kabinet dan komander kanan tentera.

Dia mendakwa 90 peratus daripada keuntungan dikembalikan kepada masyarakat melalui projek yang dipanggil “Membayar Kembali kepada Tanah Air”, sebanyak 100 juta baht (RM13.3 juta) setiap tahun dalam kerja amal dan sumbangan kepada orang ramai.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori