Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Terpaksa Mengaku! Kalau Tidak,...

STRATEGI membakar api perkauman untuk menghasut pengundi Cina keluar mengundi pada PRK Sungai Besar...

Kebakaran Hutan: Indonesia Berjaga-Jaga

Jakarta - Pihak berkuasa Indonesia sudah membuat persediaan rapi bagi berdepan kebakaran hutan...

Polis Tahan Wanita Indonesia...

GEORGE TOWN - Seorang wanita Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera...

PFAM Selar Tindakan Individu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyelar tindakan segelintir...

Sudah Ada Persefahaman, DAP Akan Terus Terajui P Pinang

KUALA LUMPUR : Hingga kini belum ada keputusan dibuat mengenai siapa calon Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata sudah ada persefahaman antara PH dan Barisan Nasional (BN) bahawa DAP akan terus menerajui Pulau Pinang sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

Katanya, ketika ini partinya sedang menyusun strategi dan calon untuk PRN nanti dan akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini.

“DAP sentiasa jelas dengan mesej yang ingin disampaikan dan akan berdepan dengan PRN sebagai satu kumpulan,” katanya ditemui selepas forum bertajuk ‘Kestabilan Politik dalam Parlimen Tergantung’, di sini, hari ini.


Terdahulu, Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng untuk berterus terang mengenai calon ketua menteri bagi menentukan masa depan pembangunan negeri itu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pula menyatakan terdapat khabar angin bahawa Steven Sim berhasrat menjadi ketua menteri yang baharu tetapi dinafikan Loke.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori