Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Audit 1MDB: Bekas KP...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli...

Susunan Saf Solat Di...

PUTRAJAYA - Kebenaran merapatkan susunan saf solat berjemaah di masjid dan surau akan...

Mahkamah Lucut Hak Wang...

IPOH - Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak dijatuhi hukuman denda RM70,000...

Pelabur Asing Lupus RM1.20...

KUALA LUMPUR - Pelabur asing menjual sebanyak RM367.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu,...

Tentera AS Rentas Sempadan Ke Korea Utara

SEOUL: Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai berada dalam tahanan Korea Utara selepas menyeberangi sempadan yang dikawal ketat tanpa kebenaran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Insiden itu dikhuatiri bakal memburukkan lagi hubungan antara Washington dan negara memiliki senjata nuklear itu.

Menurut pegawai, anggota tentera itu sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara selama dua bulan di Korea Selatan atas tuduhan melakukan serangan.

Jurucakap Tentera AS Korea, Kolonel Isaac Taylor berkata, anggota tentera dikenali sebagai Travis King didapati merentas sempadan `secara sengaja tanpa memperoleh kebenaran’.

King yang merupakan Tentera Persendirian Kelas 2 berkhidmat dengan tentera sejak tahun 2021.

Dilaporkan, anggota tentera AS itu dalam lawatan ke zon kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Komando PBB yang mengendalikan Kawasan Keselamatan Bersama (JSA) memaklumkan pihaknya percaya King berada dalam tahanan Korea Utara dan mereka sedang bekerjasama dengan tentera Pyongyang untuk menyelesaikan isu berkenaan.


Dalam pada itu, CBS News memetik pegawai AS melaporkan anggota tentera itu sedang dibawa pulang ke AS untuk dikenakan tindakan disiplin.

“King melalui keselamatan lapangan terbang di Seoul namun entah bagaimana dia berjaya meninggalkan terminal dan menyertai lawatan berkenaan,” jelas laporan.

Seorang saksi dalam lawatan sama memberitahu CBS News bahawa mereka mengunjungi sebuah bangunan di tapak sempadan di Panjumon apabila anggota tentera itu mengeluarkan satu `bunyi’ sebelum berlari antara beberapa bangunan dan tidak kembali semula.

Beberapa jam kemudian, Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke dalam laut, kata tentera Korea Selatan.

Ia dilihat sebagai tindak balas terhadap kehadiran kapal selam nuklear AS yang berlabuh di pelabuhan Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh empat dekad.

Profesor dari Universiti Ewha di Seoul, Leif-Eric Easley berpandangan pelancaran peluru berpandu balistik terbaharu itu mungkin tidak mempunyai kaitan dengan insiden tentera AS yang merentas sempadan antara Korea.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori