Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hari Wesak Disambut Dengan...

KUALA LUMPUR - Perayaan Hari Wesak 2018 di Malaysia dianggap amat bersejarah kerana...

Jamal Mohon Peguam Negara...

PUTRAJAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari...

Mayat Budak Lelaki Dalam...

MADRID - Polis Sepanyol menemui mayat budak lelaki berusia lapan tahun dalam bonet...

Winnie Mandela Meninggal Dunia

JOHANNESBURG - Winnie Madikizela-Mandela, bekas isteri mantan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan...

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan itu bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memaklumkan, DVS Pulau Pinang mengadakan operasi bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyiasat aduan tular berkenaan, yang mengesahkan bahawa ladang itu menternak babi bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama.

JPV memberitahu, ladang itu melanggar Peraturan 19 (1) yang menyatakan bahawa semua spesies haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan dipelihara di ladang babi.

“Satu notis arahan telah dikeluarkan kepada pemilik ladang untuk mengosongkan ayam pedaging dari ladang babi berkenaan dalam tempoh tujuh hari,” jelas JPV.

Melalui operasi dijalankan, JPV menyatakan ayam pedaging hidup yang diternak di ladang terbabit tidak dihantar ke mana-mana rumah sembelihan dan hanya dijual di pasaran bukan Islam dan tidak melibatkan penjualan ke lokasi lain.

Menurut JPV, ladang babi terbabit berdaftar dengan jabatan itu tetapi tidak mempunyai lesen untuk beroperasi kerana tidak mematuhi peraturan di bawah pelesenan yang menetapkan semua ladang babi perlu menaik taraf kepada sistem kandang tertutup dan pelepasan sifar iaitu tiada sisa kumbahan terlepas ke parit awam.


Ekoran itu, Notis Pengosongan Kandang, Penutupan dan Pemberhentian Operasi telah dikeluarkan kepada ladang terbabit.

Satu kompaun di bawah Enakmen Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2016 juga telah dikeluarkan kepada ladang berkenaan dan membawa kepada kompaun sebanyak RM7,500 atau denda RM30,000 atau/dan penjara tiga tahun tertakluk kepada Timbalan Pendakwa Raya, menurut kenyataan itu.

Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, JPV menjelaskan semua ladang babi akan diperiksa untuk memastikan tiada spesies haiwan dan unggas diternak secara komersial di semua ladang babi.

Surat peringatan juga akan dikeluarkan kepada semua ladang babi agar mematuhi peraturan pelesenan ternakan babi.

JPV dalam pada itu juga meminta agar video berkenaan dihentikan penularannya bagi mengelakkan kerisauan kepada orang awam.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori