Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Zahid Ziarah Keluarga Allahyarham...

HULU TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

BN Kekal Pertahan Kerusi...

MENANG... Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor disahkan menang 'bergaya' dengan raih undi...

47 Maut Dalam Serangan...

SANAA, Yaman - Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam serangan bom nekad di ibu...

Gubal Undang-Undang Baharu Kawal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan vape...

Tiada Pindaan Rancangan Pengeluaran Penuh 55, 60 Tahun-KWSP

PETALING JAYA : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa tiada pindaan dirancang untuk pengeluaran penuh bagi umur 55 dan 60 untuk ahli-ahli semasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.

Jelas kenyataan itu, cadangan pengeluaran mandatori bulanan akan hanya melibatkan ahli-ahli baharu dan buat sementara ini bagi mereka yang lahir pada atau selepas 2010 serta berdaftar dengan KWSP selepas tarikh pelaksanaan kaedah baru ini.

Bayaran pertama di bawah kaedah mandatori ini akan dibuat selepas persaraan ahli-ahli ini, yang dijangkakan hanya berlaku beberapa dekad dari sekarang.


“Cadangan ini masih diteliti dan KWSP memberi jaminan bahawa sebarang keputusan berhubung pengeluaran simpanan akan dibuat dengan pertimbangan yang teliti dan selari dengan komitmen KWSP demi kepentingan masa depan ahli.

“Mekanisme pengeluaran mandatori bulanan akan menyelaraskan Malaysia dengan amalan di kebanyakan negara lain kerana negara kita adalah antara minoriti kecil yang masih membenarkan pengeluaran sekali gus dan bukan berkala,” jelas kenyataan itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori