Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Penjenayah Minta Maaf Lepas...

Dalam satu kejadian yang berlaku dua hari lalu, seorang daripada empat penjenayah bertindak...

Tipu Projek Banglo RM6...

KUALA LUMPUR - Kes projek banglo mini kini semakin panas apabila aktor kacak...

Tak Nak Suami Orang,...

WALAUPUN masih baharu dalam industri hiburan, pelakon Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies...

Isu PPIM, Samseng Sotong...

AKSI kesungguhan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu sebuah syarikat pajakan kenderaan...

TikTok Sanusi Akhirnya Boleh Diakses

PETALING JAYA : Akaun media sosial TikTok milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mempunyai lebih 432,600 pengikut yang disekat sejak kelmarin akhirnya boleh diakses.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semakan Utusan Malaysia mendapati, media sosial itu boleh dilayari seperti biasa dengan hantaran video yang boleh dilayari dengan normal.

Berbanding semalam, akaun itu dikatakan dipadam sehingga memaksa Pengarah Pilihan Raya Pas tersebut membuat akaun baharu.

Sebaliknya, dakwa Muhammad Sanusi, akaun TikTok hanya boleh dilayari di luar negara dan tidak di dalam Malaysia.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah itu.


SKMM dalam kenyataan berkata, platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (Community Guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.

“Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti.

“SKMM meneliti kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menuduh kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok beliau. SKMM mengesahkan, tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini,” kata SKMM.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori