Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Jepun Terjejas Akibat...

EKONOMI Jepun menguncup pada suku ketiga apabila bencana alam mula menjejaskan perbelanjaan dan...

Bakar, Kencing Atas Al-Quran...

PEREMPUAN kurang ajar, Sheila Szmerekova, 24, yang sebelum ini merakamkan dirinya kencing di...

Kolej Teknikal Dan Pertanian...

BINTULU - Kementerian Pendidikan bersetuju dengan cadangan penubuhan Kolej Teknikal dan Pertanian yang...

Kanak-Kanak 6 Tahun Terselamat...

SUNGAI PETANI - Tindakan seorang wanita membuat laporan polis selepas mengsyaki berlaku kes...

Tok Mat Bayangkan Pertahan Kerusi Rantau

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, setakat ini UMNO atau Barisan Nasional (BN) tidak menentukan ratio dalam meletakkan calon pada pilihan raya di enam negeri tersebut.

Sebaliknya, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, gabungan tersebut akan meletakkan calon boleh menang di kerusi yang ditandingi pihaknya tanpa mengira muka baharu atau lama.

“Kita tak letak ratio berapa muka baharu atau lama. Kalau saya bertanding boleh menang, takkan nak buang saya kan?

“Insya-Allah (bertanding pada PRN DUN Rantau),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Penyampaian Dermasiswa Premium dan Sumbangan Komputer Riba, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad optimis bahawa gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) mampu menawan dua negeri milik Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah dan Terengganu.

Tambahnya, gabungan tersebut juga mampu merampas beberapa kerusi DUN di Kelantan jika jentera pilihan raya di kawasan masing-masing bekerja bersungguh-sungguh dengan strategi yang baik.

Beliau juga berharap momentum bagi merampas dua negeri itu dapat dikekalkan hingga pusingan akhir PRN, selain mengakui kepemimpinan BN di enam negeri turut mempamerkan semangat yang sama.


“Sebagai underdog dalam memasuki PRN ini, kita akan buat kerja sebaik mungkin dan saya harap jentera terus pertingkatkan gerak kerja masing-masing.

“Peluang untuk menang di Kedah dan Terengganu itu ada, tetapi di Kelantan kita rasa boleh menambah (bilangan) kerusi jika bersungguh-sungguh untuk kita menang di kawasan masing-masing.

“Terpulang kepada pemimpin tempatan untuk mereka memastikan kemenangan di kerusi yang kita kalah sebelum ini. BN menang selama ini, tetapi masih boleh dikalahkan, jadi sama juga bagi mereka (Perikatan Nasional) pun boleh dikalahkan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, pihaknya belum memasuki fasa proses penyaringan calon yang akan diletakkan pada PRN akan datang namun memberitahu ia dilakukan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah dalam masa terdekat (proses saringan calon BN bagi PRN). Kami (kepemimpinan utama BN) masih menunggu daripada pihak negeri untuk kita lihat senarai calon yang dibawa mereka.

“Kemudian kita akan saring mengikut kesesuaian kerana kita masuk pilihan raya ini dengan satu tujuan iaitu untuk menang. Justeru, calon yang boleh memenangkan (BN) itu penting,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori